PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN: SINERGI PERDANA TERIMA PENGIKTIRAFAN ISO 9001:2015 DI MAJLIS SIRIM INDUSTRI 2026!

Pada 25 November 2026 bertempat di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, Sinergi Perdana Sdn. Bhd. berbesar hati menerima sijil penghargaan daripada pihak SIRIM sempena Majlis SIRIM Industri 2026.

Pengiktirafan ini diberikan atas kejayaan syarikat memperoleh pensijilan ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti (QMS). Pencapaian ini menjadi bukti komitmen berterusan kami dalam mengekalkan piawaian operasi, tadbir urus, dan penyampaian perkhidmatan pada tahap kualiti tertinggi.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak SIRIM atas pengiktirafan ini serta terima kasih kepada seluruh warga kerja Sinergi Perdana yang menjayakan misi ini! 

#SinergiPerdana

#SIRIM

#MajlisSIRIMIndustri2026

#MSI2026

#ISO9001

#SistemPengurusanKualiti

#KualitiKeutamaanKami