Kilang baja sebatian SPSB beri penjimatan sehingga 15 peratus
KLANG – Pembinaan kilang baja Sinergi Perdana Sdn. Bhd. (SPSB) yang akan mula beroperasi pada Februari tahun depan dijangka akan memberi penjimatan sehingga 15 peratus kos pengeluaran baja sebatian kepada tiga agensi perladangan negara. Tiga agensi tersebut adalah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Felcra Bhd. (Felcra) […]


