Sinergi Perdana Marketing Sdn Bhd (sebelumnya dikenali sebagai Konsortium Baja Nasional Sdn Bhd) telah ditubuhkan pada tahun 2007. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh Sinergi Perdana Sdn Bhd (SPSB). Sebagai cabang pemasaran SPSB, aktiviti perniagaan Sinergi Perdana Marketing merangkumi pembekalan baja dan input pertanian lain ke pasaran tempatan dan antarabangsa.