Syarikat bertaraf Sdn. Bhd. atau Berhad yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 Malaysia adalah dijemput untuk mengambil bahagian dalam tender berikut:
Hanya satu (1) penyerahan tender sahaja dibenarkan daripada sekumpulan syarikat yang mempunyai kaitan seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan/atau daripada sesuatu entiti perniagaan (enterprise) seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Persaingan 2010. Sekiranya:
i) Pembida merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat yang mempunyai hubungan seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Syarikat 1965; dan/atau
ii) Pembida serta syarikat berkaitannya termasuk dalam takrifan “Enterprise” di bawah Akta Persaingan 2010.
maka pembida tidak dibenarkan untuk menyertai atau mengemukakan cadangan bagi tender yang sama.
Sebarang pelanggaran terhadap ketetapan ini boleh menyebabkan penolakan atau pembatalan kelayakan penyertaan tender oleh pihak Sinergi Perdana Sdn. Bhd.
PENYERAHAN TENDER (TENDER SUBMISSION)
Dokumen tender yang telah lengkap hendaklah diserahkan secara serahan tangan dalam sampul bertutup rapi ke: Peti Tender (Tender Box) Sinergi Perdana Sdn. Bhd. (903305-K) Ibu Pejabat Korporat, Tingkat 10, Menara Kumpulan RISDA, Jalan Ampang Ulu 3, 55000 Kuala Lumpur. Penyerahan hendaklah dibuat sebelum jam 12.00 tengah hari pada Tarikh Tutup Tender yang dinyatakan di atas. Sebarang penyerahan lewat daripada tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Segala kos berkaitan penyediaan dan penyerahan tender hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pihak pembida.

