Sinergi Perdana mengorak langkah
May 14, 2011
Kilang baja sebatian SPSB beri penjimatan sehingga 15 peratus
September 8, 2016

Sinergi Perdana Sdn Bhd, Kerjasama Tiga Agensi Perladangan

PELABUHAN KLANG, 8 Sept (Malaysiaaktif) – Sinergi Perdana Sdn Bhd (SPSB) yang ditubuhkan pada 3 Jun 2010 merupakan syarikat kerjasama antara tiga agensi perladangan negara iaitu Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Felcra Berhad dan Felda.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob berucap demikian dalam Majlis Lawatan Kerja ke Tapak Kilang Baja Sinergi Perdana Sdn Bhd yang terletak di Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, di sini, hari ini.

“Penubuhan syarikat ini adalah hasil cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak yang berkonsepkan perkongsian bijak dari segi sumber, kepakaran, teknologi dan pengalaman supaya nilai ketiga-tiga agensi ini dapat dioptimumkan yang secara tidak langsung dapat memberi impak yang besar kepada ekonomi negara serta manfaat kepada kumpulan sasar”, ujar beliau.

Tambahnya, “Dalam menyahut seruan Perdana Menteri, perniagaan baja adalah menjadi keutamaan SPSB dengan visi untuk menjadi pemain industri dalam urusan pengeluaran baja secara besar-besaran”.

Beliau juga memaklumkan bahawa projek pembinaan kilang baja SPSB telah dimulakan pada Februari 2016 dijangka siap dan mula beroperasi pada Februari 2017.

Kilang baja SPSB yang sedang dibangunkan di Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang ini mempunyai kapasiti pengeluaran berjumlah 120,000 tan metrik setahun dan kos keseluruhan projek pembinaan kilang adalah bernilai RM45 juta.

Dengan terbinanya kilang baja SPSB ini, ia dapat menawarkan harga yang kompetitif seterusnya mengurangkan kos pengeluaran kumpulan sasar.

Turut hadir Pengerusi Sinergi Perdana Sdn Bhd, Datuk Seri Ibrahim Muhammad.

Berita penuh : http://malaysiaaktif.my/malaysiaaktif2/?p=23452