Sinergi Perdana Sdn Bhd, Kerjasama Tiga Agensi Perladangan
September 8, 2016
Sasar 120,000 tan metrik baja
September 9, 2016

Kilang baja sebatian SPSB beri penjimatan sehingga 15 peratus

KLANG – Pembinaan kilang baja Sinergi Perdana Sdn. Bhd. (SPSB) yang akan mula beroperasi pada Februari tahun depan dijangka akan memberi penjimatan sehingga 15 peratus kos pengeluaran baja sebatian kepada tiga agensi perladangan negara.

Tiga agensi tersebut adalah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Felcra Bhd. (Felcra) yang juga merupakan pemilik kepada SPSB.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kilang yang akan membuat pengeluaran pertama pada April depan itu mampu mengeluarkan sebanyak 120,000 metrik tan baja sebatian setahun.

“Dengan terbinanya kilang baja itu, ia dapat menawarkan harga yang kompetetif seterusnya mengurangkan kos pengeluran kepada tiga agensi perladangan negara antara 10 hingga 15 peratus.

“Selain memberi penjimatan, pengeluaran baja sebatian ini juga dapat menghapuskan peranan orang tengah selain memastikan kualiti terjamin dan bekalan baja yang konsisten,”katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke kilang tersebut di sini hari ini.

Kilang baja SPSB mula dibina Februari lalu di kawasan perindustrian Bandar Sultan Sulleiman, Pelabuhan Klang di sini merupakan cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkonsepkan perkongsian bijak antara tiga agensi kerajaan.

Pada masa ini, kilang tersebut telah 35 peratus siap di bina dengan kos keseluruhan pembinaan bernilai RM45 juta. – K! ONLINE

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0908&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_25.htm#ixzz4x2GuiocY
Hakcipta terpelihara