TENTANG KAMI

Sinergi Perdana Sdn Bhd (“SPSB”) adalah sebuah konsortium yang ditubuhkan oleh agensi perladangan kerajaan terbesar di Malaysia, iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (“FELDA”), Felcra Berhad (“FELCRA”) dan Lembaga Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (“RISDA”). Konsortium ini berada di bawah pengawasan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (“KPLB”) dan ditubuhkan dengan matlamat untuk menyelaraskan rancangan dan strategi dalam meneroka pelbagai usaha perniagaan di peringkat tempatan dan antarabangsa terutama dalam perniagaan baja dan agrokimia. Kini, SPSB mempunyai satu anak syarikat, iaitu Sinergi Perdana Marketing Sdn Bhd (SPM).

VISI KAMI

Untuk dikenali sebagai peneraju utama dalam perniagaan pertanian

MISI KAMI

Menerokai perniagaan pertanian yang akan memberi nilai sinergi kepada pemegang saham dan para pelanggan serta meningkatkan tahap keberkesanan dan produktiviti perniagaan

STRUKTUR KORPORAT