Sasar 120,000 tan metrik baja
September 9, 2016
FGV in collaboration to transform operations digitally
July 7, 2017

Tiga Agensi Perladangan Negara Bina Kilang Baja

Tiga agensi perladangan negara berjaya bergabung membina kilang pengeluaran baja sebatian untuk kegunaan tempatan.

Dengan terbinanya kilang tersebut Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dapat menjimatkan banyak duit kerajaan untuk kos pembelian baja sebatian daripada pengilang dan pembekal luar.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, sebelum ini tiga agensi perladangan negeri iaitu Risda, Felcra Berhad dan Felda memerlukan kira-kira 402,000 metrik tan baja sebatian setahun.

Katanya, dengan adanya Sinergi Perdana Sdn. Bhd. (SPSB) iaitu kilang baja sebatian sendiri yang dijangka beroperasi April tahun depan, kerajaan tidak perlu lagi bergantung harap kepada bekalan dari luar.

Menurut Ismail Sabri, SPSB dimiliki bersama oleh Risda, Felcra Berhad dan Felda dengan masing-masing mengeluarkan modal atau saham yang dipegang sebanyak RM10.653 juta tiap agensi, iaitu bagi kos pembinaan kilang.

“Saya dimaklumkan kilang ini nanti dijangka mengeluarkan sebanyak 120,000 metrik tan setahun. Jumlah ini sudah tentu dapat menjimatkan kos besar yang ditanggung kerajaan selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pembinaan kilang baja sebatian SPSB di Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman, dekat Pelabuhan Klang, hari ini.

SPSB ditubuhkan pada 3 Jun 2010 dan merupakan syarikat kerjasama antara tiga agensi perladangan negara iaitu Risda, Felcra Berhad dan Felda.

Penubuhan syarikat itu hasil cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkonsepkan perkongsian bijak dari segi sumber, kepakaran, teknologi dan pengalaman supaya nilai ketiga-tiga agensi berkenaan dapat dioptimumkan.

Menurut Ismail Sabri, selain baja keluaran kilang itu untuk kegunaan Risda, Felcra Berhad dan Felda, ia juga diperlukan oleh beberapa lagi agensi bawah KKLW seperti Ketengah dan Kesedar.

“Ini tidak termasuk agensi-agensi lain bawah KKLW seperti Ketengah, Kesedar dan sebagainya, agensi ini saja memerlukan antara 18,000 hingga 19,000 metrik tan baja sebatian setahun.

“Maknanya pengeluaran baja oleh kilang ini sendiri masih belum mencukupi, tetapi tahap keupayaan kilang ini boleh ditingkatkan pengeluarannya sehingga 150,000 metrik tan setahun,” katanya.

Beliau bagaimana memberi jaminan, bekalan baja sebatian sentiasa mencukupi dengan adanya kilang SPSB.

Artikel penuh : http://watan-online.com/tiga-agensi-perladangan-negara-bina-kilang-baja-ismail-sabri/